KISAH
ABU NAWAS
Menipu
Gajah Ajaib
Kerana tidak ada yang harus dikerjakan di rumah, Abu
Nawas keluar untuk mencari angin.
Jalan-jalan.
Abu Nawas bertanya kepada seorang kawan yang kebetulan
berjumpa di tengah jalan.
Berikut Kisah Abu Nawas yang menipu Gajah ajaib:
"Ada orang ramai apa di sana?" tanya Abu Nawas.
"Persembahan keliling yang menjinakkan gajah
ajaib." jawab kawan Abu Nawas tersebut.
"Apa maksud kamu dengan gajah ajaib?" tanya Abu
Nawas lagi.
"Gajah yang boleh memahami bahasa manusia dan yang
lebih menakjubkan lagi adalah gajah itu hanya mau tunduk kepada pemiliknya sahaja."
jawab kawan Abu Nawas.
Abu Nawas makin tertarik.
Ia tidak tahan untuk menyaksikan kecerdikan dan keajaiban
binatang raksasa itu.
Kini Abu Nawas sudah berada di tengah orang ramai para
penonton.
Kerana begitu banyak penonton yang menyaksikan
persembahan itu, sang pemilik gajah dengan bangga menawarkan hadiah yang cukup
besar bagi siapa saja yang sanggup membuat gajah itu mengangguk-angguk.
Tidak hairanlah bila banyak diantara para penonton yang
cuba untuk maju satu persatu.
Mereka berupaya dengan pelbagai cara untuk membuat gajah
ituk mengangguk-angguk, tetapi usaha mereka sia-sia.
Gajah itu tetap menggeleng-gelengkan kepala.
Melihat kegigihan gajah itu, Abu Nawas semakin ingin tahu
sehingga ia maju untuk cuba.
Setelah berhadapan dengan binatang berbelalai itu, Abu
Nawas bertanya,
"Tahukah engkau siapa aku ini?"
Gajah menggeleng.
"Apakah engkau tidak takut kepadaku?" tanya Abu
Nawas lagi.
Namun Gajah itu tetap saja menggeleng-gelengkan kepala.
"Apakah engkau takut kepada tuanmu?" tanya Abu
Nawas memancing.
Gajah itu mulai ragu.
"Bila engkau tetap diam maka akan aku laporkan
kepada tuanmu." lanjut Abu Nawas mengancam.
Akhirnya gajah itu terpaksa mengangguk-angguk.
Atas kejayaan Abu Nawas membuat gajah itu
mengangguk-angguk maka ia mendapat hadiah berupa wang yang banyak.
Bukan main marahnya pemilik gajah itu hingga memukul
binatang yang malang itu.
Pemilik gajah itu malu bukan kepalang.
Pada hari berikutnya, ia ingin menebus kekalahannya.
Kali ini ia melatih gajahnya mengangguk-angguk.
Bahkan ia mengancam akan menghukum berat gajahnya apabila
sampai boleh dipancing penonton mengangguk-angguk terutama oleh ABu Nawas.
Tak peduli apa-apa soalan yang diajukan.
Saat-saat yang dinantikan telah tiba.
Kini para penonton ingin cuba, mesti sanggup membuat
gajah itu menggeleng-gelengkan kepala.
Maka seperti hari sebelumnya, banyak para penonton tidak
sanggup memaksa gajah itu menggeleng-gelengkan kepala.
Selepas tidak ada lagi yang ingin mencuba, Abu Nawas maju
lagi.
Ia ingin mengulangi soalan yang sama.
"Tahukah engkau siapa aku ini?" tanya Abu
Nawas.
Gajah itu mengangguik.
"Apakah engkau tidak takut kepadaku?"
Gajah itu tetap mengangguk.
"Apakah engkau tidak takut kepada tuanmu?"
pancing Abu Nawas.
Gajah itu tetap mengangguk.
Gajah itu mengangguk kerana binatang itu lebih takut
terhadap ancaman tuannya daripada Abu Nawas.
Akhirnya Abu Nawa mengeluarkan bungkusan kecil berisi
balsam.
"Tahukah engkau apa guna balsam ini?" tanya Abu
Nawas.
Gajah itu tetap mengangguk.
"Baiklah, bolehkah kogosok selangkangmu dengan
balsam?"
Gajah itu mengangguk lagi.
Lalu Abu Nawas menggosok selangkang binatang itu.
Tentu saja gajah itu merasa agak kepanasan dan mula agak
panik.
Kemudian ABu Nawas mengeluarkan bungkusan yang cukup
besar.
Bungkusan itu juga berisi balsam.
"Mahukah engkau bila balsam ini aku habiskan untuk
menggosok selangkangmu?" ancam Abu Nawas.
Gajah itu mulai ketakutan.
Dan rupanya ia lupa ancaman tuannya sehingga terpaksa
gajah itu menggeleng-gelengkan kepala sambil mundur beberapa langkah.
Abu Nawas dengan kecerdikan dan akalnya yang licin mampu
memenangi sayembara itu.
Abu Nawas telah meruntuhkan kegigihan gajah yang dianggap
cerdik itu.
Pemilik gajah itu marah bukan main dan tidak tahu lagi
harus bagaimana mengalahkan Abu Nawas.