Koleksi Cerita Abu Nawas

Koleksi Cerita Abu Nawas

Saturday, 30 May 2015

6. Memindahkan Istana


Kisah Abu Nawas

Memindahkan Istana

Baginda Raja Harun al-Rasyid baru sahaja membaca sebuah kitab tentang kehebatan Raja Nabi Sulaiman yang mampu memerintahkan para jin untuk memindahkan singgahsana Ratu Balqis di dekat istananya.
Tiba-tiba saja Baginda merasa tertarik.

Hatinya mula terasa gatal untuk melakukan hal yang sama dengan Raja Sulaiman itu.
Secara tiba-tiba saja baginda ingin agar istananya dipindahkan ke atas gunung agar lebih leluasa melihat pemandangan alam sekitar.

Baginda pun berfikir sejenak, bukankah hal itu tidak mustahil boleh dilakukan oleh Abu Nawas yang terkenal amat cerdik di negerinya.
Tanpa membuang masa, Abu Nawas segera dipanggil ke istana menghadap Baginda Raja Harun al-Rasyid.

Setelah menghadap, Baginda Raja berkata,
"Sanggupkah engkau memindahkan istanaku ke atas gunung agar aku lebih leluasa melihat negeriku?" tanya baginda.

Abu Nawas diluar dugaan tidak langsung menjawab pertanyaan itu.
Ia berfikir sejenak sehingga keningnya berkerut.
Dalam hatinya ia berfikir kalau ia tidak mungkin menolak permintaan Baginda, kecuali memang ingin dihukum.
Setelah berfikir, Abu Nawas akhirnya terpaksa menyanggupi permintaan Baginda yang merupakan projek raksasa itu.
 Ada lagi permintaan dari Baginda, bahawa pekerjaan itu harus selesai hanya dalam masa sebulan.

 Abu Nawas pun pulang dengan hati menggerutu.
 Setiap malam ia hanya berteman dengan bintang dan rembulan saja.
 Hari demi hari dilalui dengan kegundahan dengan projek yang mustahil itu.

 Tiada hari yang lebih berat dalam hidup Abu Nawas kecuali hari-hari itu.
 tetapi pada hari kesembilan ia tidak lagi merasa gundah gulana.
 Ya memang Imam Abu Nawas seorang yang cerdik lagi pandai.

 Keesokan harinya Abu Nawas menuju ke istana.
 Ia menghadap Baginda untukmembahasa pemindahan istana dan dengan senang hati Baginda akan mendengar apa yang diinginkan Abu Nawas.

"Ampun Tuanku, hamba datang ke sini hanya untuk mengemukakan usul untuk memudahkan kerja-kerja hamba nanti," kata Abu Nawas.
"Apa usul itu?" tanya Baginda.
"Hamba akan memindahkan istana Paduka yang mulia tepat pada hari raya Aidil Qurban yang kebetulan hanya kurang 20 puluh hari lagi." jawab Abu Nawas.

"Kalau hanya itu usulmu, baiklah." kata Baginda.
"Satu lagi Baginda yang mulia." Abu Nawas menambah.
"Apa lagi?" tanya Baginda.
"Hamba mohon Baginda menyembelih 10 ekor lembu yang gemuk untuk diagihkan secara langsung kepada fakir miskin." kata Abu Nawas.
"Usulmu aku terima." kata Baginda yang meluluskan usul Abu Nawas.

Abu Nawas pun pulang dengan perasaan riang gembira.
Kini tidak ada lagi yang perlu dikhuatiri, toh nanti bila waktunya tiba ia pasti akan dengan mudah memindahkan istana Baginda ke atas gunung.
Jangankan hanya ke puncak gunung, ke dasar lautan pun Abu Nawas sanggupi.

Berita itu mula tersebar ke seluruh pelusuk negeri.
Hampir semua orang berharap bimbang, tetapi sebahagian besar rakyat merasa yakin akan kemampuan Abu Nawas, kerana selama ini Abu Nawas belum pernah gagal melaksanakan tugas-tugas aneh yang diberikan kepadanya.
Namun ada juga yang merasa ragu akan kejayaan Abu Nawas kali ini.

Saat yang dinantikan akhirnya tiba juga.
Rakyat berduyun-duyun menuju lapangan untuk melakukan solat Aidil Qurban.
Dan selepas solat, 10 lembu sumbangan dari Baginda disembelih lalu dimasak kemudian diagihkan kepada fakir miskin.

Nah kali ini giliran Abu Nawas yang harus melakukan tugas berat itu.
Abu Nawas pun berjalan menuju istana dan diikuti oleh rakyat.
Sesampainya di depan istana, Abu Nawas bertanya kepada Baginda.

"Ampun Tuanku yang mulia, apakah istana sudah tidak ada orangnya lagi?" tanya Abu Nawas.
"Tidak ada." jawab Baginda Raja singkat.

Kemudian Abu Nawas berjalan beberapa langkah mendekati istana.
Abu Nawas berdiri mematung seolah-olah ada yang ditunggu.
Akhirnya Baginda Raja tidak sabar juga.

"Abu Nawas, mengapa engkau belum juga mengangkat istanaku?" tanya Baginda.
"Hamba sudah siap sejak tadi Baginda." jwab Abu Nawas.
"Apa maksud kau sudah siap sejak tadi?
Kalau engkau sudah siap, lalu apa yang engkau tunggu? "Tanya Baginda dengan hairan.

"Hamba menunggu istana Paduka yang mulia diangkat oleh seluruh rakyat yang hadir untuk diletakkan di atas pundak hamba.
Selepas itu hamba tentu akan memindahkan istana Paduka yang mulia ke atas gunung sesuai permintaan Padukan. "Jelas Abu Nawas.

Baginda Raja yang mendengar penjelasan Abu Nawas ini merasa terpegun.
Dalam hati di berfikir bahawa tiada mungkin seorang manusia pun di muka bumi ini yang menyamai kejayaan Raja Sulaiman.
Betapa cerdiknya si Abu Nawas ini dengan alasan yang masuk akal.

Masih ingat kan, pada masa Rasulullah SAW yang pada waktu solat diganggu oleh Jin Ifrit, dan Beliau pun ingin menangkap Ifrit itu dan merantainya di tiang masjid.
Namu hal itu tidak Beliau lakukan kerana teringat akan doanya Raja Sulaiman yang merupakan Raja dari segala raja yang tidak akan dimiliki oleh seorang pun setelah meninggalnya Nabi Sulaiman.