Koleksi Cerita Abu Nawas

Koleksi Cerita Abu Nawas

Saturday, 16 May 2015

3. Abu Nawas Lebih Kaya Dari Tuhan


Kisah Abu Nawas

Abu Nawas Lebih Kaya Dari Tuhan

Pada suatu masa di negeri tempat tinggal Abu Nawas, diadakanlah pertemuan antara raja-raja dari negara jiran.
Sang Abu Nawas pun ikut pula dalam mesyuarat itu kerana dia adalah sebagai penasihat Raja.

Dalam pertemuan itu salah satu tema yang dibicarakan adalah mengenai kekayaan.
Tak boleh dibayangkan raja-raja jaman dahulu memang kaya raya.
Para raja saling bercerita mengenai kekayaan yang dimiliki termasuk istana dan yang akan dibina selepas pertemuan itu selesai.

Ada raja yang mempunyai kebun yang luas dengan hiasan permata, tasik yang indah gemerlapan, kolam-kolam yang indah, bangunan dan istana dan sebagainya.

Semua orang yang mendengar pertuturan raja-raja itu berasa kagum kecuali Abu Nawas.
Malah Abu Nawas berusaha mengingatkan dan menyedarkan mereka dari melimpahnya harta dunia yang fana ini.

Harta dan Agama.

Sang Abu Nawas berkata kepada mereka,
"Kalau harta aku melihat ke bawah tetapi kalau agama aku melihat ke atas."

"Apa maksudnya itu?" tanya beberapa raja.
"Kalau tentang harta maka lihatlah orang yang lebih miskin nescaya engkau akan bersyukur.
Kerana dengan rasa syukur maka kalian akan memperoleh nikmat yang lebih banyak.
Tapi kalau amal, maka lihatlah orang yang lebih bertakwa daripada kalian, nescaya kalian akan bertambah rajin untuk beribadah kepada Allah SWT, "jelas Abu Nawas.

Mendengar penjelasan Abu Nawas tersebut, orang-orang mulai sedar akan apa yang telah mereka miliki dan mereka banggakan.
Bahkan banyak dari mereka bahawa ucapan Abu Nawas itu adalah benar.

Abu Nawas Lebih kaya daripada Tuhan.

Akan tetapi mereka tiba-tiba terkejut dengan kenyataan Abu Nawas.
"Aku itu lebih kaya dari Tuhan." ucap Abu Nawas spontan.

Tentu saja ucapan Abu Nawas itu mendapat tanggapan yang luar biasa.
Terkejut.
Tidaklah hairan jika seisi bilik mesyuarat heboh dibuatnya.

Ada sebahagian yang mengatakan kalau Abu Nawas berkata bohong, ada yang bilang kalau Abu Nawas berani berkata demikian memang tiada buktinya.
Sebahagian lagi tidak percaya, sebahagian lagi punya keyakinan bahawa Abu Nawas mempunyai maksud tertentu di balik kata-katanya.

Kerana Abu Nawas buat heboh pertemuan, akhirnya Baginda Raja memerintahkan prajuritnya untuk menangkap Abu Nawas.
Selepas ditangkap, Abu Nawas dihadapkan ke Baginda Raja.

"Benarkah kamu mengatakan bahawa kamu lebih kaya daripada Tuhan?" tanya Raja.
"Benar Tuanku yang mulia," jawab Abu Nawas.
"Apa maksud kamu lebih kaya daripada Tuhan?" tanya Raja Harun.

"Kerana sebenarnya hamba memang demikian," jawab Abu Nawas dengan santainya.
"Sanggupkan kamu membuktikan perkataan kamu?" tanya Raja.
"Sanggup Tuanku." jawab Abu Nawas.

"Apa sangsinya bila ternyata kamu tidak sanggup membuktikannya?" tanya Raja Harun.
"Hamba akan rela dihukum oleh Tuanku." jawab Abu Nawas.

"Nah sekarang buktikanlah!" perintah Raja.
"Baginda yang mulia, bukankah Tuhan kita itu tidak mempunyai anak dan juga tidak diperanakkan?
Sedangkan hamba ini mempunyai anak dan ibu kerana hamba hanyalah makhluk, bukan Sang Khalik. "Jawab Abu Nawas.

Mendengar kata-kata Abu Nawas tersebut, Raja Harun Al-Rasyid merasa puas, bahkan sang Raja malah memerintah kepada Abu Nawas agar menyebarluaskan pendapat tersebut kepada seluruh penduduk.