Kisah
Abu Nawas
Abu
Nawas Lolos Dari Hukuman Pancung
Kerana dianggap hampir membunuh Baginda Raja, maka Abu
Nawas mendapat celaka.
Dengan kekuasaan yang mutlak, Baginda memerintahkan
askar-askarnya untuk langsung menagkap dan mengheret Abu Nawas untuk
dihumbankan ke dalam penjara.
Berikut ini Kisah Abu Nawas yang terlepas daripada
hukuman pancung:
Waktu itu Abu Nawas sedang bekerja di ladang kerana musim
kentang akan tiba.
Namun tanpa alasan yang jelas askar kerajaan langsung
mengheret Abu Nawas sesuai dengan titah Paduka Raja.
Abu Nawas tiada mampu berkutik dan kini ia terkurung di
dalam penjara.
Beberapa hari lagi kentang-kentang itu perlu ditanam,
sedangkan isterinya tidak cukup kuat untuk mencangkul.
Tidak ada yang boleh dilakukan di dalam penjara kecuali
mencari jalan keluar.
Sudah 2 hari ia meringkuk di dalam penjara, wajahnya
kelihatan murung.
Kerana bimbang dengan keadaan isterinya, maka pada hari
ke 3 Abu Nawas memanggil seorang pengawal.
"Bolehkah aku
minta tolong kepadamu?" kata Abu Nawas.
"Apa
itu?" kata pengawal.
Abu Nawas pun meminta pensil dan selembar kertas untuk
menulis surat kepada isterinya.
"Aku harus menyampaikan sebuah rahsia penting, yang
hanya boleh diketahui oleh isteri saya saja," katanya.
Pengawal itu berfikir sejenak, lalu pergi meninggalkan
Abu Nawas.
Ternyata pengawal itu menghadap Raja untuk melapor.
Mendengar laporan dari pengawal, Baginda Raja bergumam,
"Mungkin kali ini aku boleh mengalahkan Abu
Nawas," gumannya.
Surat Rahsia Abu Nawas
Abu Nawas menulis surat yang berbunyi,
"Wahai isteriku, jangan engkau sekali-kali menggali
ladang kita, kerana aku menyembunyikan harta karun dan senjata di situ.Dan
tolonglah jangan bercerita kepada siapa pun."
Tentu saja surat itu dibaca oleh Baginda Raja, kerana
Beliau ingin tahu apa sebenarnya rahsia Abu Nawas.
Setelah membaca surat itu, Baginda Raja merasa puas dan
memerintahkan beberapa pekerja istana untuk menggali ladang Abu Nawas.
Isteri Abu Nawas yang berada di rumah menjadi hairan.
Lima hari kemudian Abu Nawas menerima surat daripada
isterinya.
Dalam surat tersebut istrinya mengatakan bahawa ladang
mereka telah digali oleh pekerja istana dan isterinya bingung harus melakukan
apa.
Rupanya isteri Abu Nawas belum memahami muslihat
suaminya,
"Sekarang engkau boleh menanam kentang di ladang
tanpa perlu menggali, wahai isteriku."
Kali ini Baginda tidak bersedia membaca surat Abu Nawas
lagi kerana Baginda Raja makin mengakui keluarbiasaan akal Abu Nawas.
Baginda semakin merasa tercabar untuk mengalahkan Abu
Nawas.
Ia pun berfikir sejenak, kemudian beliau segera
memerintahkan penjaga penjara untuk membebaskan ABu Nawas.
Baginda Raja tidak ingin ada risiko yang lebih buruk.
Abu Nawas memang girang bukan kepalang, tetapi ia juga
merasa gundah gulana kerana Abu Nawas yakin bahawa saat ini Baginda telah merancang
sesuatu dan Abu Nawas pun segera mencari akal untuk menjangkakan rancangan
Baginda.
Ahli Ramal
Pada hari itu juga Abu Nawas mengumumkan dirinya sebagai
ahli nujum atau tukang ramal nasib.
Sejak membuka amalan meramal, Abu Nawas sering mendapat
panggilan dari orang-orang terkenal.
Mendengar Abu Nawas mendadak menjadi ahli ramal, maka
Baginda tanpa pikir panjang memerintahkan askar untuk menangkapnya, kerana
dianggap membahayakan.
Abu Nawas lalu digiring menuju tempat kematian.
Tukang penggal kepala pun sudah menunggu dengan pedang
yang baru di asah.
Ketika algojo sudah siap megayunkan pedang, tiba-tiba Abu
Nawas tertawa sehingga membuat Baginda menangguhkan pemancungan.
"Hai Abu Nawas, apakah engkau tidak merasa ngeri
menghadapi pedang algojo?" tanya Raja.
"Ngeri Tuanku yang mulia, tetapi hamba juga merasa
gembira," jawab Abu Nawas.
"Mengapa engkau meras gembira?" tanya Baginda
terkejut.
"Betul Baginda yang mulia, kerana tepat 3 hari
selepas kematian hamba maka Baginda akan mangkat menyusul hamba ke liang lahad.
Kerana hamba tidak bersalah sedikitpun," jawab Abu Nawas.
Baginda Raja bergetar mendengar kata Abu Nawas dan tentu
saja hukuman pancung dibatalkan.
Itulah si Kisah Abu Nawas yang setiap ucapannya
mengandung hikmah doa hingga Sang Raja ngeri juga mendengar penuturannya.