Kisah
Teladan Agama
Taubat
Pencuri Kain Kafan
Azab kubur dan nikmat kubur adalah suatu kenyataan.
Seperti yang dikisahkan oleh seorang penggali kubur yang
sukanya mencuri kain kafan setiap mayat yang baru dikebumikan.
Kabar kubur ini semoga menjadikan kita lebih meningkatkan
keimanan kita kepada Allah SWT.
Berikut ini pengakuannya:
Pada suatu hari, sebut saja namanya Yunus, ia pemuda yang
berkerja sebagai penggali kubur telah berjumpa dengan seorang ahli ibadah dan
sufi untuk menyatakan keinginannya untuk bertaubat kepada Allah SWT.
Ia bertaubat kerana selain menggali kubur, ternyata Yunus
ini juga sering mencuri kain kafan mayat yang baru dikebumikan.
Kain kafan yang masih baru itu dia jual dan dari hasil
jualannya ia gunakan sebagai tambahan hidup sehari-hari.
Kepada sang sufi, Yunus mengaku ingin menghentikan kerja
kotornya itu dan ia pun berterus terang terhadap apa yang dilakukannya selama
ini.
"Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain
kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut,
dan lantaran itulah aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji
itu dan ingin sekali bertaubat," aku Yunus kepada sufi.
"Apa saja yang kau alami wahai Yunus," tanya
sang sufi.
"Aku melihat mayat yang pada siang harinya menghadap
kiblat, tetapi saat aku gali malam harinya, mayat itu telah membelakangi
kiblat. Wahai guru, apa yang telah dilakukan si mayat saat hidup?" kata
Yunus.
Perut Membuncit
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah
mensyirikkan Allah SWT sewaktu hidupnya.
Allah SWT memalingkan wajah si mayat dari kiblat,
"jawab sang sufi.
"Lalu ada lagi, aku lihat wajah mayat yang seolah
kacak saat dimasukkan ke dalam liang lahad.
Tapi tatkala malam hari ketika menggali lagi kuburnya,
aku lihat wajah itu telah menjadi wajah babi, "kata Yunus.
"Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang
meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya," jawab sang sufi.
Si pemuda menyambung lagi,
"Wahai tuan guru, aku juga melihat, pada waktu siang
mayatnya kelihatan sepeti biasa saja, tetapi pada waktu malam kulihat perutnya
membuncit, bahkan keluar ulat dari dalam perutnya," kata Yunus.
"Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta
yang haram, wahai anak muda," balas sang sufi.
"Lalu aku lihat mayat yang lain jasadnya bertukar
menjadi bulat, mengapa begitu, wahai tuan guru?" kata Yunus lagi.
"Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka
kepada orang tuanya," jawab sang sufi.
"Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang,
hingga membelit-belit seluruh tubuhnya hingga keluar isi perutnya."
sambung pemuda itu.
"Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar
memutuskan silaturrahim, semasa hidupnya mereka suka bertengkar dan memutus
silaturahim," jelas ahli ibadah tersebut. "
Balasan Kubur
"Wahai sang guru, golongan yang keenam yang aku
lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering, tetapi saat malam ketika aku menggali
kubur itu, aku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam
yang amat busuk baunya." ujar Yunus.
"Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta
riba sewaktu hidupnya," jawab sang sufi.
"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat,
mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya.
Mengapa demikian halnya wahai guru? "Tanya pemuda
itu lagi.
"Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang
berilmu.
Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat
nereka.
Inilah golongan yang mendapat redha dan kemuliaan di sisi
Allah SWT.
Ingatlah, kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap
amal yang kita lakukan, meskipun hanya seberat zarah sekali pun, "jelas
sang sufi itu.
Selepas mendedahkan pengalamannya, Yunus benar-benar
taubat dengan memperbanyak menggali ilmu dari guru sufi tersebut.
Yunus sedar bahawa setiap
apa yang dilakukan menusia ketika hidupnya, kelak akan mendapat balasan di alam
kubur.